Monday 11 February 2013

APA ITU PIGMENTASI?

Masalah pigmentasi sering menghantui kaum wanita. Masalah ini berlaku tidak kira peringkat umur dan ianya akan mengganggu penampilan seseorang wanita. Ada yang sanggup berhabisan wang untuk mengatasi masalah ini dan tidak kurang juga ada yang perlu mengenakan solekan tebal semata-mata ingin menutup tompokan hitam dikulit wajah.


Apa itu pegmentasi?
Ia adalah tompok-tompok hitam dimuka atau lebih dikenali sebagai jeragat. Ia terbentuk dibawah kulit dan berada dibeberapa lapisan kulit sama ada epidermal (lapisan paling atas) atau dermal (lapisan paling dalam). Pigmentasi terjadi disebabkan oleh aktiviti sel melanosit yang tidak terkawal. Sel melanosit menghasilkan melanin iaitu pigemn hitam yang menyebabkan kesan tompok hitam. Sel melanosit penting pada kulit kerana melanin yang dikeluarkan membantu kulit daripada terkena sinaran ultravoilet matahari yang boleh menyebabkan kanser kulit, namun jika berlebihan boleh menyebabkan tompok yang tidak disenangi.

Apakah punca berlakunya pigmentasi?
-punca yang paling utama adalah sinaran cahaya matahari yang berterusan tanpa memakai krim pelindung matahari
-hormon yang tidak seimbang
-penggunaan pil perancang
-genetik

Bagaimana cara untuk menghilangkan tompok-tompok hitam?
Ia bermula dengan set penjagaan muka yang mengandungi bahan hydrokuinon dan tretinon yang merupakan "gold standard" untuk rawtan jeragat secara intensif. Namun ianya perlu dipantau oleh doktor.

Selain itu, rawatan laser q-switch iaitu tekbnik laser yang dipacarkan pada tompok-tompok hitam akan memecahkan tompok tersebut menjadi tompokan yang lebih kecil.

Rawatan seperti pengelupasan kulit dengan asid juga adalah salah satu cara yang dapat mengurangkan tompokan tersebut.

Bagaimana dengan pengambilan supplemen sebagai cara mengatasi masalah pigmentasi?
Pengambilan supplemen juga boleh membantu dalam mengatasi masalah ini. Namun harus diingatkan bahawa  hasil dari pengambilan supplemen agak lambat dan ianya bertindak dari dalam manakala rawatan intensif secara luaran juga perlu.

Pengambilan Vit c, Vit E, ESP, Collagen Powder & B Compleks dapat membantu dalam masalah ini.

Hubungi saya untuk konsultansi percuma.




DIAN YUSOFF
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID 866756)
SMS : 012-7517439
FB :  Dian Soffrena
Page : My Supplemen Zone



Sunday 10 February 2013

SEKILAS INFO MENGENAI SLE

Jikalau post terdahulu mengenai SLE secara detail, ini saya kongsikan info mengenai penyakit tersebut yang saya petik dari malajah iSIHAT keluaran Januari 2013.

INFO SLE
  • Dianggarkan 10,000 warga tempatan menghidap penyakit autoimun ini
  • SLE kerap menimpa orang-orang Asia berbanding orang-orang Barat
  • Keadaan menjadi serius apabila lupus melibatkan pelbagai organ dalam tubuh. Sebab iutlah penghidap lupus akan mengalami gejala yang berbeza antara satu sama lain.
  • Tidak boleh sembuh tetapi ia boleh dikawal dan dirawat
  • SLE 10 kali lebih kerap berlaku dikalangan wanita berbanding lelaki
  • Bukan sesuatu yang luar biasa jika seseorang pesakit menghidapinya selama berbulan atau bertahun sebelum dirinya didiagnosis penyakit tersebut
  • Penyakit ini tiada ubat cuma memerlukan penjagaan yang khusus.


DIAN YUSOFF
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID 866756)
SMS : 012-7517439
FB : Dian Soffrena
Page : My Supplemen Zone


Friday 8 February 2013

Systemic lupus erythematosus (SLE)


APAKAH ITU SLE?

SLE ialah penyakit kronik autoimun di mana antibodi dalam tubuh pesakit yang sepatutnya melindungi badan untuk melawan penyakit tiba-tiba `berubah’ dengan menyerang sel badan atau organ manusia. Dalam kata lain, ia satu gangguan sistem imun membabitkan sistem imun itu sendiri melawan bahagian-bahagian tubuh yang sepatutnya dilindungi.

Menurut Pakar Perunding Rheumatologi Hospital Putrajaya, Dr. Heselynn Hussein, penyakit ini berlaku secara tiba-tiba kepada seseorang individu dan puncanya tidak diketahui. Ia menjadikan sistem daya tahan tubuh menjadi berkecamuk dan bercelaru.

Penyakit ini menyerang individu secara tiba-tiba dan masa ia menyerang tidak diketahui. Ia mempunyai spektrum yang luas di mana ada pesakit yang mendapat penyakit SLE ringan dan ada yang memperoleh serangan sangat serius. Ia boleh menyerang kulit sahaja dan ia boleh menyerang sendi, buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf dan otak.

Penyakit ini boleh membawa maut kerana SLE berupaya menyebabkan kegagalan fungsi organ atau serangan SLE itu sendiri terlalu kuat yang dinamakan krisis lupus. Antibodi juga boleh memecahkan sel-sel darah merah dan menyebabkan pesakit kurang darah merah,” ujarnya.




Berbicara tentang simptom awal, Heselynn menerangkan penyakit ini tidak mempunyai simptom spesifik dan ia berubah-ubah mengikut individu. Secara umumnya, ada yang menderita demam, mendapat ruam, rambut gugur, sakit sendi, mudah penat dan kemurungan.

“Itulah sebabnya penyakit ini dinamakan penyakit seribu wajah kerana simptomnya berubah-ubah mengikut individu. Adakalanya sukar untuk doktor mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya, salah satu simptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi,” ujarnya sambil memberitahu untuk mengesahkan penyakit ini, pesakit yang sudah menampakkan simptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi (ANA).


APAKAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN SLE BERLAKU?
* Faktor genetik meningkatkan kecenderungan menyebabkan masalah auto imun dan penyakit auto imun seperti lupus, rheumatoid arthritis dan kekacauan imun tiroid.
* Sesetengah saintis percaya, sistem imun dalam lupus mudah distimulasi oleh faktor luaran seperti virus. Kadangkala simptom lupus lebih buruk apabila pesakit terdedah pada cahaya matahari.
* Banyak ubat-ubatan dilaporkan menjadi pencetus SLE. Kebanyakan ubat ini dikatakan menstimulasi sistem imun.
* Sistem hormon wanita juga dikaitkan dengan SLE. Hubungan hormon dengan SLE bagaimanapun masih lagi dalam kajian.
* Mutasi genetik yang mengganggu sistem 'pembuangan sampah' dalam tubuh dikaitkan dengan permulaan SLE.

APAKAH GEJALA SLE?
* Ruam merah atau perubahan warna pada muka. Biasanya berbentuk rama-rama pada hidung dan mata.
* Sendi membengkak dan sakit.
* Demam tanpa sebab.
* Sakit dada ketika menarik nafas panjang.
* Kelenjar menjadi bengkak.
* keletihan yang berlebihan.
* Keguguran rambut yang luar biasa (terutama di atas kepala).
* Jari tangan atau kaki menjadi pucat atau berwarna ungu kerana kesejukan atau tekanan.
* Sensitif terhadap matahari.
* Sel darah rendah.
* Kemurungan, sukar menumpukan perhatian atau masalah ingatan.
* Ulser mulut.
* Sawan tanpa sebab.
* Masalah mental.
* Keguguran yang kerap.
* Masalah buah pinggang

Sumber: Persatuan SLE Malaysia.

Kebanyakan pesakit SLE sudah pun mempunyai gejala-gejala seperti di atas semasa berjumpa doktor.Gejala-gejala ini boleh timbul secara sendirian lantas menyukarkan diagnosis ataupun secara serentak.Ia juga boleh timbul pada masa-masa berlainan yang boleh menyebabkan tertundanya diagnosis SLE.


DIAGNOSIS

Selain beberapa ujian darah yang diperlukan, ujian air kencing juga diperlukan bagi mengesan protein dan sel darah merah termasuk yang abnormal di dalam air kencing, di samping mengukur kandungan protein di dalam air kencing yang berkaitan dengan tahap kreatinin.
Penglibatan organ-organ dalaman seperti buah pinggang, perlu dikesan lebih awal kerana kerosakan organ tersebut berlaku secara halus sebelum siasatan darah menjadi abnormal.
RAWATAN

Menentukan keaktifan penyakit SLE dan penglibatan organ-organ.
* Keaktifan penyakit merujuk kepada keradangan organ-organ yang terlibat dan darjah kerosakan organ merujuk pula kepada indeks kerosakan sesuatu organ itu.
* Keaktifan penyakit, diukur melalui sejarah klinikal, pemeriksaan pesakit secara teliti, ujian spesifik organ-organ dan serologi.
* Pengubahsuaian gaya hidup.
* Diet yang sesuai bergantung kepada ciri-ciri SLE yang dialami pesakit. Mereka yang mempunyai SLE aktif memerlukan kalori yang bertambah. Rawatan steroid menambahkan selera makan pesakit SLE. Justeru, kebanyakan pesakit mempunyai berat badan yang berlebihan. Sementara itu peningkatan paras lemak berlaku di dalam pesakit yang mempunyai hefrotik atau yang diberi rawatan steroid. Oleh itu, mereka perlu mengawal pemakanan melalui pengambilan diet rendah lemak. Rawatan menggunakan ubat statin boleh diberikan jika paras kolesterol masih tinggi selepas pengawalan diet. Pesakit SLE tidak perlu mengambil vitamin kecuali jika mereka kurang selera makan.Kebanyakan pesakit SLE juga mempunyai paras vitamin D aktif rendah manakala pesakit yang menerima steroid perlu diberikan kalsium, vitamin D dan bisfosfonats untuk meminimumkan kehilangan tulang.
* Senaman; kekurangan aktiviti badan semasa berlakunya peringkat aktif menyebabkan kehilangan otot-otot badan dan pengurangan stamina.
* Oleh itu seseorang pesakit digalakkan menjalani senaman secara berperingkat-peringkat.
* Merokok boleh meningkatkan risiko SLE. Perokok juga mempunyai keaktifan SLE yang tinggi.
* Elakkan tekanan kerana ia boleh menyebabkan SLE menjadi aktif. Perlu berfikiran positif sentiasa.
* Perlindungan kulit, seperti menggunakan perlindungan matahari SPF sekurang-kurangnya 45. Pesakit digalakkan memakai payung, topi atau baju lengan panjang

INFO TAMBAHAN
* Ada dua jenis lupus iaitu Discoid Lupus erythematosus (DLE) dan Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
* DLE hanya menjejaskan bahagian kulit yang terdedah manakala jenis yang lebih serius, SLE menjejaskan sistem tubuh termasuk kulit.
* Bagi pesakit DLE, gejala termasuk ruam dengan beberapa tompok kemerahan, keras dan kasar dan meninggalkan parut.
* Bagi SLE, ia menyebabkan pelbagai gejala seperti ruam merah yang bertompok serta berbentuk rama-rama muncul di pipi dan bawah hidung. Gejala lain termasuk sakit sendi, demam, hilang selera makan, loya, kelesuan, dan hilang berat badan.
* Ada juga gejala seperti anaemia, masalah psikiatrik dan neurologi, kegagalan buah pinggang, pleurisy, arthritis dan pericarditis. Diagnosis dilakukan dengan ujian darah dan juga biopsi kulit.
Pemakanan untuk pesakit SLE secara amnya adalah sama seperti nasihat pemakanan bagi pesakit normal lain iaitu menekankan aspek pemakanan sihat dan seimbang.
Bagaimanapun, pengecualian diberi kepada pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang akut iaitu keperluan protein perlu dikira. Kes sedemikian perlu dirujuk lebih awal kepada pegawai dietetik untuk nasihat pemakanan.
Pemakanan sihat dan seimbang adalah corak pemakanan yang membolehkan badan memperoleh kalori yang bersesuaian dan empat kunci kesihatan boleh membantu seseorang itu mencapai corak pemakanan sihat dan seimbang, iaitu amalan pemakanan sihat, mengamalkan gaya hidup sihat dan berkualiti serta berupaya mengatasi tekanan dan meningkatkan amalan bersenam untuk memperoleh tahap kesihatan unggul.
Secara amnya, panduan asas untuk pemakanan sihat ialah mempelbagai makanan, makan makanan seimbang dan sederhana. Ini dapat dicapai jika seseorang itu mengamalkan corak pemakanan berpandukan piramid makanan Malaysia.
Pesakit lupus sering kekurangan tenaga dan perlu mengawal kegunaan tenaga. Dapatkan nasihat petugas kesihatan mengenai cara menangani keletihan.
Pada umumnya, pesakit berasa lebih sihat jika mereka membahagikan masa antara rehat dengan kerja, di samping pengambilan ubat. Jika anda berasa murung, kaunseling boleh membantu.
Ada juga pakar kesihatan lain seperti pakar nefrologi, jurulatih carakerja,



  



 
 
DIAN YUSOFF
SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR (ID 866756)
SMS : 012-7517439
FB : Dian Soffrena
Page : My Supplemen Zone